Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, August 10, 2009

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Friday, May 29, 2009

AMALAN YANG TIDAK PUTUS PAHALANYA




Mesti u all tertanya-tanya, apa amalan yg tidak putus pahalanya bukan??? baru je jap td, i visit www.iluvislam.com again and i saw this article... i just copy from there n want to share wif u guys....

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, Ada tiga perkara:


AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.

Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya : Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.


Org awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.

ANAK YANG SOLEH (ANAK YG BAIK) Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.

Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.

marilah kiter bermuhasabah kembali ttg nasib diri ini, marilah sama-sama kita menambahkan pahala kita dan mengurangkan dosa kita... insya-ALLAH, ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang, hanya dia sahaja yang boleh memaafkan segala dosa kita..... insya-ALLAH....

ingatlah wahai pembaca, hidup ni hanya sekali... semakin dekat kiter pada tarikh lahir kiter, bermaksud semakin hampir diri kiter untuk bertemu dengan ALLAH S.W.T, marilah sama2 kiter beristighfar semoga ALLAH mengampunkan dosa hambanya... aaaammmiiiiinnnn....

~wardatussalam~

Monday, May 25, 2009

UJIAN ITU RAHSIA ALLAH

Salam, berbalik pada post lepas.... saya ada beritahu dengan kejadian yang berlaku pada diri ini during my final exam rite... baru je kjp td.... i surf internet and go to www.iluvislam.com.... and saya ada terbace 1 artikel ttg "Ujian itu Rahsia ALLAH" di sini saya mahu share kan bersama kalian semua....




Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

tazkirah di atas di petik drpd www.iluvislam.com

~wardatussalam~

Wednesday, March 25, 2009

SEDEYH...

salam sume, entry kali ni ak nak bincangkan ttg kaum hawa zaman sekarang...
errmm, aku sedey tol ler ngan kaum hawa zaman sekarang, dorang ni cam xde perasaan malu terhadap kaum lain (lelaki), tunjuk ler dada, pinggang, kengkadang tuh punggung pown nak tunjuk... xde privacy ke yer dlm diri mu wahai kaum hawa (kalo yg terase ler)....

sometimes ape yg aku sedeyh sgt ialah, biler kaum hawa ni dah pakai tudung, dah sopan sume.... x lame pastuh, bukak blk.... aper makne korang pakai tudung? n tutup aurat selama nih? mungkin ramai yg masih x fhm mengapa kiter sebagai kaum hawa diwajibkan memakai tudung n menutup aurat.... besides, ape yg aku lg sedeyh.... pas dorang ni bukak tudung (dah x pakai tudung), pakaian dorang tu lebih seksi drpd b4 dorang pakai tudung tuh....

huhuhu, sedeyhnyer ak.... lagi2 yg berlaku tuh di sekeliling kehidupanku ini.... ak sgt takut nanti biler ditanya di alam barzakh, mengapa tidak menegur sahabat mu itu? itu ler soklan yg paling aku gerun.... kalo dah bg nasihat byk kali pown x jalan.... ak nak tanye korang 1 soklan... harap bende nih leh bg kesedaran kat korang yg bergelar kaum hawa (yg membace entry nih) la yer....

andai kata esok adalah hari kiamat... sediakah anda utk tempuhi hari yg paling ditakuti oleh sume org....??? jika anda jawab bersedia alhamdulillah... jika anda kat belom bersedia tidak mengapa... masih ade mase utk kiter bertaubat....

n ade lg 1 soklan yg ingin saya tanya disini.... takutkah anda dgn mati? jika yer mengapa? muhasabah lah, diri anda semula.... terutama bg kaum hawa.... x lupe juge bg kaum adam juga yer... masih sempat utk kiter bertaubat....sesungguhnya ALLAH tu maha mendengar lagi maha penyayang....

jika anda ingin beri pendapat / ingin marah / memberi sebarang comment... silakan.... kiter bincang hal ini same2.... wassalam







~wardatussalam~

Tuesday, March 24, 2009

LOVE ALLAH


Wednesday, March 11, 2009

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA...

salam, biler kiter cakap pasal Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M), mesti dak2 form 4 n form 5 gementar ngan perkataan tuh... hehehe, sbb mereka sume kene lalui benda tuh... bg yang dah lalui... dorang akan paham sendiri ape itu SPM.... heheheh...



adik2ku (student SMKAKL form 5 08), SPM ni hanyalah pintu gerbang atau laluan bagi kiter melanjutkan pelajaran kite ke alam university... jika baik keputusan kiter... bagus lah University yg akan beri twrn pada kiter... kalo kurang baik keputusan kiter... mungkin kiter sendiri kena carik university or college yang terbaik tok diri kiter... itu aje... jgn gementar sgt...


sbnrnyer, SPM ni lebeyh kurang macam UPSR, cume UPSR adalah pintu gerbang bg dak2 standard 6 tok masuk ke alam sekolah menengah... seperti mane yg adik2 dah rase an, dapat keputusan yang cemerlang waktu UPSR dlu.. alhamdulillah, dpt masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur... salah sebuah skolah yang terbaik di Malaysia... same jew konsepnyer...


mungkin adik2 pernah dengar org cakap "ish, camne ni!!! rezat aku dah r teruk... malas r nak blaja... t bukan leh dpt keje bagus2 kalo rezat SPM teruk", pernah x adik2 dgr org ckp camtu pada telinga adik2? adik2, kalo esok adik2 dpt keputusan yang cemerlang alhamdulillah... tahniah akak ucapkan... kalo adiknyer rezat kurang memuaskan... jgn sedeyh.... ni cume laluan utk adik.... kalo keputusan kurang elok jgn lemah smgt... ade halangan atau rintangan yang lebeyh besar kiter kena lalui di mase hdpn... iaitu alam IPT...


akhir kater... tabahkan hati memasing waktu nak amek rezat... skali lg... bg yang dpt keputusan cemerlang esok... TAHNIAH!!! akak ucapkan... bg yang kurang cemerlang pown TAHNIAH!!! akak ucapkan jugek... tp kene lebeyh berusaha di mase akan dtg k... jgn sedeyh yer... k r, that's all...






p/s: waktu dah amek rezat, salam and ucap thanx pada mak ayah... sebab dorang adalah insan yang paling byk bantu kiter sepajang perjuangan kiter... and jgn lupe sujud syukur... walapown rezat cemerlang o tidak... sentiasalah bersyukur dgn ape keputusan yang kuar yer... wassalam



Tuesday, March 10, 2009

SI BUTA & GAJAH

Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.



Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba. Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.



Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu. Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja. Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.




Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan




MORAL & IKTIBAR



  • Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik

  • Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci

  • Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja

  • Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui 'brainstorming'

  • Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya

  • Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global

  • Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara

  • Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah.

Wednesday, March 4, 2009

TINGKATKAN DAYA INGATAN... BAGAIMANA???

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.


Antaranya ialah:



Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.



Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.



Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.



Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.



Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.



Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.



Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.



Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.



Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.



Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.



Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.



Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.



Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Wednesday, February 18, 2009

KASIH SAYANG ADIK DAN KAKAK


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.



"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"



Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.



Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.



"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.



"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."



Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..



"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."



Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.



"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.



Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."



"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."



Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."



Apalagi... aku menangis seperti selalu.



Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."



"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.



"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."



Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.



Adakah kita sanggup sungguh2 berkorban untukNYA sbg bukti cinta dan kasih kita?



fikir dan renungkan..


 
BEAUTIFUL N INTELLIGENT. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.